Pekerja tak pakai sarung tangan, hanya berseluar pendek [VIDEO]

Kembang tekak! ... mi pula selamba dilambak atas lantai!



Pekerja tak pakai sarung tangan, hanya berseluar pendek

Pekerja tak pakai sarung tangan, hanya berseluar pendek
Mi diproses tanpa mematuhi piawaian kebersihan.

BAGI penggemar mi, video yang menunjukkan proses pembuatan bahan itu di kilang sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang individu di media sosial pasti membuatkan anda kembang tekak.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, pengguna bernama @ChiragBarjatya memuat naik video memaparkan proses pembuatan bahan itu dari awal dengan pekerja mengendalikannya dengan cara yang paling menjijikkan.

Bermula daripada mengendali doh dengan tangan tanpa sarung, sehinggalah memasukkan adunan ke dalam bekas kotor dan meletakkannya di atas lantai, klip itu sekaligus membuatkan rata-rata yang menontonnya mual.



Video yang dimuat naik pada Rabu oleh Chirag yang juga pengasas kelab kejurulatihan kecergasan sehingga kini telah menerima lebih daripada 400,000 tontonan.

Difahamkan, video dirakam di sebuah kilang pemprosesan mi di India, namun tidak dinyatakan lokasi secara tepat.

“Proses membuat mi paling bersih di dunia. Mi datang sekali dengan serbuk masala yang lazat dan cirit-birit.

“Bagaimana anda tahu ia hanya digunakan oleh penjual tepi jalan dan bukan oleh restoran lima bintang?



“Kenapa tepi jalan? Restoran pun mesti menggunakan yang sama, bukan?” demikian antara komen netizen. – India.com

Pekerja tak pakai sarung tangan, hanya berseluar pendek

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker