Puteri Sarah dituduh sondol boyfriend orang

Foto dengan MK punya fasal

Puteri Sarah dituduh sondol boyfriend orang

Puteri Sarah dituduh sondol boyfriend orang
Sarah dan MK bergambar bersama undang reaksi netizen.
TINDAKAN Puteri Sarah Liyana memuat naik foto bersama anggota kumpulan rap K-Clique iaitu MK ketika menonton konsert penyanyi Indonesia, Cakra Khan di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada malam Jumaat mengundang perhatian peminat.
Dengan kapsyen The one and only MK, foto tersebut mendapat pelbagai reaksi pengikutnya termasuk ada berseloroh merestui hubungan di antara mereka.

Bagaimanapun, ada juga menuduh Puteri Sarah sebagai penyondol memandangkan MK sudah pun mempunyai teman wanita sehingga menarik perhatian pelakon berkenaan.

Puteri Sarah dituduh sondol boyfriend orang
Sarah hadir memberi sokongan di konsert Cakra Khan.

 

 

Enggan berdiam diri dengan tuduhan yang dilemparkan, Sarah memberitahu jika dia mahu merampas kekasih orang, dia tidak akan berkongsi foto itu secara umum.

Malah, Sarah turut menjelaskan dia ditemani ibu dan pembantu peribadi sewaktu menghadiri konsert berkenaan.

“Oooo ini ke fake account yang merata cerita buruk fasal saya? Well, kalau nak menyondol dia tak tunjuk depan orang ramai dekat konsert.

“Untuk pengetahuan kamu, mak dan pembantu peribadi serta pengurus semua ada disebelah saya. Cuba lagi please,” katanya.

Puteri Sarah dituduh sondol boyfriend orang
Antara komen yang diterima di Instagram.

Untuk rekod, Sarah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Bagaimanapun, aktres berkenaan telah membuat permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes tersebut.

Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Puteri Sarah dituduh sondol boyfriend orang

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker