‘Skuter guna plet van antara 18 kenderaan disita’

‘Skuter guna plet van antara 18 kenderaan disita’

'Skuter guna plet van antara 18 kenderaan disita'
Polis Trafik Kuala Lumpur dan Jabatan Alam Sekitar mengadakan sekatan jalan raya menerusi Op Selamat ke-19 sempena Tahun Baharu Cina di Stesen LRT Bangsar menghala ibu negara malam tadi

KUALA LUMPUR: Seorang wanita melenting dan memarahi petugas media kerana merakam visualnya selepas dia ditahan kerana menunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu dalam Op Selamat-19 di Jalan Bangsar, malam tadi.

Wanita berusia 20-an itu yang menunggang skuter Yamaha Nouvo LC dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Bangsar ke rumah di Sentul.

Pemeriksaan dilakukan terhadap motosikal itu mendapati kedua-dua nombor pendaftaran (depan dan belakang) adalah milik sebuah van.



Bapa saudara wanita berkenaan yang tiba di lokasi operasi kemudian memberi alasan kepada polis yang pekerja kedai aksesori tersilap memasang nombor pendaftaran motosikal berkenaan.

Namun, pemeriksaan polis mendapati cukai jalan motosikal milik datuk wanita itu sudah tamat tempoh sejak Julai 2019.

Motosikal berkenaan antara 18 kenderaan yang disita dalam Op Selamat-19 yang dijalankan di tiga lokasi secara serentak sekitar ibu kota ini iaitu Jalan Bangsar, Jalan Genting Klang dan Jalan Ampang bermula jam 10 malam hingga 4 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata sebanyak 1,889 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang dikesan sepanjang operasi itu.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Selain itu, ada dua tangkapan dibuat, masing-masing bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk serta nombor pendaftaran kenderaan palsu dalam operasi berkenaan.

“Kita juga ada menemui sebuah motosikal yang dilaporkan hilang serta satu tangkapan individu dikehendaki berkaitan kes dadah,” katanya pada sidang media di lokasi operasi di Jalan Bangsar, di sini, awal pagi tadi.

Sarifudin berkata, secara keseluruhan jumlah saman dalam Op Selamat-19 di ibu kota ini sejak 18 Januari lalu sehingga semalam adalah 7,998 saman atas pelbagai kesalahan.

“Sepanjang tempoh itu juga, seramai 28 individu ditahan membabitkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk (19); samseng jalanan (6) dan nombor pendaftaran palsu (3).

“Pada masa sama, sebanyak 809 kemalangan dilaporkan dengan dua daripadanya adalah kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut meletakkan anggota bertugas di enam lokasi kerap kemalangan di ibu kota ini dalam Op Selamat-19.

“Lokasi kerap kemalangan di ibu kota ini adalah Jalan Duta, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Jalan Kuching, Jalan Cheras, Jalan Pahang dan Jalan Syed Putra.

“Justeru, kita menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelak kemalangan,” katanya.

Skuter BMW yang akan masuki Malaysia ini, lebih berkuasa daripada 400cc tapi tak perlukan B Penuh

‘Skuter guna plet van antara 18 kenderaan disita’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker