Bangunan runtuh di Syria: 16 orang maut
Bangunan runtuh di Syria: 16 orang maut
ALEPPO: Sekurang-kurangnya 16 orang termasuk kanak-kanak maut dalam kejadian runtuhan bangunan di bandar Aleppo yang musnah akibat peperangan di Syria.
Sebahagian besar bandar kedua itu musnah semasa konflik Syria yang bermula hampir 12 tahun lalu dengan meninggalkan banyak struktur dalam keadaan uzur.
“Jumlah mangsa terkorban dalam runtuhan bangunan kediaman itu meningkat kepada 16 orang,” lapor agensi berita, SANA.
Menurut badan pemantau perang, mangsa termasuk rakyat Syria yang kehilangan tempat tinggal selama bertahun-tahun pertempuran di negara itu.
SANA melaporkan, empat mangsa berjaya diselamatkan dari runtuhan bangunan itu dan mereka mengalami kecederaan.
Sebelum ini, SANA melaporkan angka kematian mencecah 10 orang, meningkat sepanjang hari ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan.
Sementara itu, agensi berita Kurdish melaporkan lima kanak-kanak adalah antara mangsa yang maut.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Syria, bangunan lima tingkat itu menjadi kediaman bagi tujuh keluarga.
Penduduk tempatan pula memberitahu bahawa kira-kira 35 orang tinggal di bangunan itu. – AFP
Bangunan runtuh di Syria: 16 orang maut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peguam Najib , TS Shafie bangkitkan isu pelanggaran undang undang dalam perbicaraan Najib.
- Fantasia Keadilan Di Badan Kehakiman
- Jawapan Kepada Ambiga Dan Siti Kassim: Siasatan Terhadap Tommy Thomas Adalah Tuntutan Perlembagaan Bukannya Tuntutan UMNO
- Mahkamah khilaf bila peguam tarik diri kes Najib?