Dakwa Adegan Panas Dalam Filem Dah Lama Wujud

Individu Muat Naik Filem Kontroversi P Ramlee Dikecam Netizen

Dakwa Adegan Panas Dalam Filem Dah Lama Wujud

Dakwa Adegan Panas Dalam Filem Dah Lama Wujud

Baru-baru ini, isu trailer filem ‘Pulau’ menjadi bualan ramai kerana dikatakan mempunyai beberapa babak panas sehingga ada yang mengatakan ianya tidak sesuai untuk ditayangkan kerana risau menjadi ikutan penonton.

Babak panas dah lama wujud



Berikutan topik itu juga, seorang individu berkongsikan pendapatnya di Facebook dengan mengatakan bahawa adegan babak panas dalam filem tempatan sememangnya telah lama wujud sejak 1970-an.

Pun begitu, apa yang mengundangkan kecaman netizen adalah tindakan individu terbabit yang turut memuat naik beberapa gambar dari filem lama yang merupakan hasil kerja Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Gelora.

Paparan adegan panas dalam filem sebenarnya dah lama wujud, bukan hanya baru-baru ini sahaja.

Dia turut mempersoalkan sama ada P. Ramlee sepatutnya digelar seorang yang tidak bermoral hanya kerana menghasilkan filem kontroversi yang mengisahkan tentang pergolakan keluarga dan juga hubungan percintaan.



Yang penting kenalah tonton dulu barulah melayakkan kita sama ada untuk mengkritik atau memuji.

Bukan untuk dicontohi

Dakwa Adegan Panas Dalam Filem Dah Lama Wujud

Hantaran itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen di bahagian komen yang menegaskan kesilapan pada masa lalu merupakan sesuatu yang perlu dijadikan sebagai teladan.

Benda baik kita puji. Benda tak elok kita kena tegur. Walaupun P. Ramlee banyak buat karya bagus, tapi filem macam ini tak sepatutnya dinormalisasikan.



Bukan itu saja, terdapat segelintir warganet yang mengatakan gambar-gambar itu tidak sepatutnya dimuat naik memandangkan P. Ramlee sudah meninggal dunia manakala pelakon wanita tersebut telah pun bertudung.

Filem Gelora yang memaparkan P. Ramlee dan Sarimah sebagai pelakon utama tidak ditayangkan di Malaysia kerana mempunyai beberapa unsur seksual dengan babak-babak intim yang ditayangkan.

Sumber: Facebook

Penerbit jawab dakwaan adegan lucah dalam ‘Pulau’



 

Dakwa Adegan Panas Dalam Filem Dah Lama Wujud

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button