Haller kembali dari kanser raih sokongan 80,000 penyokong

Dortmund, Jerman: Penyerang Borussia Dortmund, Sebastien Haller membuat penampilan kompetitif pertamanya sejak pulih daripada kanser testis apabila bermain pada separuh masa kedua menentang Augsburg dan menyifatkan sambutan yang diterimanya daripada 80,000 penyokong yang hadir sebagai ‘tidak dapat dilupakan.”

Haller dimasukkan dari bangku simpanan mendapat tepukan gemuruh dari 82,000 penyokong yang berdiri di Signal Iduna Park.

“Sambutan yang saya terima adalah sesuatu yang sukar dipercayai, tidak dapat dilupakan,” katanya.

Penyerang berusia 28 tahun itu memakai but yang membawa mesej ‘F*ck Cancer’ ketika turun ke padang.

“Saya gembira berada di sini dan memulakan langkap pertama saya di atas padang.

“Ia sesuatu yang kami boleh rasai bersama pasukan, suasana ini, kami boleh gunakan (ia) untuk memenangi perlawanan.”

Haller, yang disahkan menghidap kanser testis hanya beberapa hari selepas menyertai Dortmund pada musim panas 2022, menjalani beberapa bulan rawatan, termasuk empat pusingan kemoterapi dan dua pembedahan.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker