Penjawat awam, jurutera antara 7 ditahan polis, ganja RM2.1 juta berjaya dirampas

Penjawat awam, jurutera antara 7 ditahan polis, ganja RM2.1 juta berjaya dirampas

Penjawat awam, jurutera antara 7 ditahan polis, ganja RM2.1 juta berjaya dirampas
Mohd Shuhaily (kiri) menunjukkan dadah jenis ganja yang dirampas selepas menumpaskan sindiket pengedaran dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini.-Foto NSTP/Danial Saad

GEORGETOWN: Seorang penjawat awam dan jurutera antara tujuh lelaki dipercayai anggota sindiket dadah, ditahan polis dalam gerakan di negeri ini dan Perak dengan 823 ketulan mampat ganja bernilai RM2.10 juta berjaya dirampas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata operasi dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada Khamis lalu, hasil risikan dan maklumat awam sejak beberapa minggu sebelumnya.

Dalam operasi pertama bermula jam 6.45 pagi, tiga lelaki menaiki sebuah kereta ditahan di Plaza Tol Bagan Ajam, Butterworth.

“Susulan itu, polis melakukan serbuan di sebuah tapak parkir kenderaan di Bukit Jambul, Bayan Lepas, kira-kira jam 7.10 pagi dan menjumpai ganja seberat 479.729 kilogram (kg) bernilai RM1.1 juta dalam sebuah kereta di lokasi berkenaan.

“Selepas itu, polis menahan sebuah lagi kereta di tepi jalan Plaza Tol Changkat Jering, Perak dan menahan tiga lagi lelaki pada jam 7.44 pagi,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Difahamkan, suspek cuba melarikan diri apabila menyedari jejak mereka dikesan, namun pantas dipintas serta disekat kenderaan polis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mohd Shuhaily berkata, rentetan itu polis kemudian menyerbu satu lokasi di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru dan menemukan 10 guni plastik mengandungi 361kg bungkusan disyaki ganja dalam sebuah kenderaan yang diparkir di lokasi terbabit.

“Polis selepas itu menyerbu sebuah flat di Air Itam di sini dan menahan seorang lagi lelaki pada jam 3.20 petang hari sama.

“Sindiket terbabit telah bergiat aktif mengedar ganja untuk pasaran tempatan sejak awal tahun lalu dengan jumlah keseluruhan ganja seberat 840.72kg itu dianggar boleh digunakan 1,886,708 orang atau 1,886,708 kali kegunaan.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas tujuh suspek didapati negatif dadah, namun semakan rekod mendapati lima daripada mereka mempunyai pelbagai rekod kesalahan dadah dan jenayah lampau,” katanya.

Beliau memaklumkan, lelaki tempatan berusia 24 hingga 29 tahun terbabit ada yang bekerja sebagai jurutera, pemandu kenderaan di sebuah politeknik, juruteknik komputer dan peniaga dalam talian.

“Kesemua suspek termasuk yang menganggur direman selama tujuh hari hingga 26 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Katanya, tindakan turut diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan JSJN Pulau Pinang menyita tiga kenderaan.

Kenderaan disita membabitkan dua kereta dianggar bernilai keseluruhan RM47,000 dan sebuah motosikal bernilai RM4,500. Nilai keseluruhan rampasan ganja dan sitaan harta mencecah RM2.15 juta.

Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Penjawat awam, jurutera antara 7 ditahan polis, ganja RM2.1 juta berjaya dirampas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker