Suspek tembakan di California ditemui mati

Suspek tembakan di California ditemui mati

Suspek tembakan di California ditemui mati

LOS ANGELES: Lelaki yang dikehendaki polis kerana melakukan tembakan rambang di California ketika sambutan Tahun Baharu Cina ditemui mati dipercayai akibat membunuh diri, lapor polis Los Angeles.

Sherif Daerah Los Angeles, Robert Luna berkata, polis mengesan sebuah van yang dikehendaki tetapi apabila pegawai menghampiri, mereka terdengar satu tembakan dari dalam van.

“Suspek mengalami luka tembakan yang dilakukan sendiri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Luna.

Lelaki itu dikenali sebagai Huu Can Tran berusia 72 tahun.

“Saya mengesahkan bahawa tiada suspek lain dalam insiden tembakan rambang itu.

“Siasatan masih diteruskan. Detektif pembunuhan sedang mengumpul maklumat tambahan dan berusaha untuk mengetahui motif sebenar di sebalik kejadian yang amat tragis ini,” katanya.

Suspek dilaporkan melepaskan tembakan ke arah sebuah kelab di Monterey Park yang merupakan sebuah bandar di Los Angeles County dengan komuniti Asia yang besar, menyebabkan 10 maut dan lebih 10 lagi cedera.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengarahkan semua bendera AS di bangunan awam dikibarkan separuh tiang hingga 26 Januari ini bagi menghormati mangsa tembakan besar-besaran di California itu.-AGENSI

Gempa bumi 6.4 magnitud gegar utara California

Suspek tembakan di California ditemui mati

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker