Tak bermusuh dengan isteri baharu bekas suami [VIDEO]

Wanita ini siap hantar hadiah birthday, Syukur anak-anak dapat ibu tiri baik hati!

Tak bermusuh dengan isteri baharu bekas suami

Tak bermusuh dengan isteri baharu bekas suami
Murni sebak setelah mengetahui pengirim hadiah sempena hari ulang tahun kelahirannya.

PERCERAIAN bukanlah satu pengakhiran bagi setiap pasangan yang berkahwin.

Apabila jodoh sudah berakhir, tidak seharusnya hubungan baik yang terjalin sebelum ini bertukar menjadi tegang hingga bermusuhan.

Lebih-lebih lagi jika hak penjagaan anak berpihak kepada satu pihak, jadi sikap toleransi dan bertolak ansur adalah dituntut demi kebajikan zuriat itu.



Seperti kisah yang dikongsikan seorang pengguna Facebook ini, dia dilihat begitu matang dan berfikiran terbuka apabila menjalinkan hubungan baik dengan isteri baharu kepada bekas suaminya.

Buktinya, Suzie Ramlie berkongsi momen menyentuh jiwa di mana dia memberikan hadiah sempena ulang tahun kelahiran isteri kepada bekas suaminya yang dikenali sebagai Murni.

Kata Suzie, dia dan bekas suami berpisah hampir lapan tahun lalu dan anak-anaknya dijaga dengan baik oleh Murni sejak perpisahan itu.Menerusi video yang dikongsikan Suzie di TikTok, Murni dilihat begitu terharu sehingga mengalirkan air mata apabila menerima hadiah berupa chocolate bouquets.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Difahamkan, Suzie membuat kejutan itu selepas melihat salah seorang anaknya mengucapkan selamat hari lahir kepada ibu tiri mereka itu.

Tanpa berlengah, dia mencari peniaga yang mengusahakan servis penghantaran hadiah berdekatan tempat tinggal bekas suaminya bagi meraikan hari ulang tahun kelahiran Murni.

Tak bermusuh dengan isteri baharu bekas suami
Ekspresi wajah Murni yang terkejut setelah membuka kad ucapan.

“Selamat hari lahir isteri bekas suami saya. Pagi tadi tengok anak update wish birthday ibu dia (Murni). Dalam hati terlintas nak bagi hadiah. Buka group PD (Port Dickson) cari siapa yang boleh delivery untuk hari ini.

“Alhamdulillah jumpa. Saja buat tak tahu. Tengok-tengok dia call teriak (menangis) tersedu-sedu. Tak sangka nak dapat hadiah. 33 tahun umur dia kali pertama dapat hadiah macam tu,” kata Suzie mengiringi perkongsiannya di TikTok.

Ujar Suzie, hadiah yang diberikan bagaimanapun tidak setanding dengan nilai pengorbanan Murni mendidik dan membesarkan anak-anaknya.

Bukan hadiah yang diharapkan tapi ingatan… terima kasih buatkan orang lain bahagia.

NETIZEN

“Bagi saya apa la sangat dengan nilai tu nak dibandingkan dengan pengorbanan dia jaga anak-anak saya selama ni. Terima kasih Murni. Jasa Murni kak tak mampu nak balas. Kak sayang Murni macam kak sayang adik kak,” katanya lagi.

Hantaran dibuat Suzie meraih lebih 146,000 jumlah tontonan di TikTok.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Perkongsian Suzie itu ternyata mendapat respons positif daripada netizen.

Tak bermusuh dengan isteri baharu bekas suami

Komen netizen di TikTok.Selain memujinya kerana bersikap matang, mereka juga mendoakan agar segala urusan Suzie dan Murni dipermudahkan olehNya.

“Sebenarnya kan… bukan hadiah yang diharapkan. Tapi ingatan tu. Terima kasih buatkan orang lain bahagia.

“Tak… masalahnya aku tak ada kena mengena dalam cerita ni pun menangis sekali apa fasal eh.

“Kak, ni contoh terbaik. Apabila tak ada jodoh, jangan jadikan anak-anak mangsa,” demikian antara komen netizen.

Suami isteri bom tukang masak didakwa esok

 

Tak bermusuh dengan isteri baharu bekas suami

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker