Enam cedera bas persiaran rempuh tiga kereta

Enam cedera bas persiaran rempuh tiga kereta

Enam cedera bas persiaran rempuh tiga kereta
Keadaan kenderaan yang terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat sebuah kilang besi di Jalan Tun Razak, Lebuh Ayer Keroh, petang semalam. Foto/Ihsan PDRM

MELAKA: Enam individu cedera dalam nahas empat kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Razak Lebuh Ayer Keroh, berhampiran kilang besi, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.08 petang itu, mereka yang cedera ialah dua penumpang bas berkenaan, pemandu dan penumpang Perodua Myvi serta pemandu dan penumpang Nissan Almera, berusia 24 hingga 64 tahun.

Bagaimanapun, pemandu bas berusia 50 tahun serta seorang anggota bomba di Singapura berusia 56 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex, tidak mengalami sebarang kecederaan.



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 3.10 petang sebelum sepasukan anggota ke tempat kejadian untuk siasatan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bas jenis Hino itu dalam perjalanan dari Pusat Bandar menghala ke Ayer Keroh dan keadaan jalan di tempat kejadian lurus dan rata serta cuaca tidak hujan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas yang melepasi persimpangan lampu isyarat, melanggar belakang Perodua Myvi di hadapan hingga menyebabkan berlaku rempuhan dua lagi kereta di hadapan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Akibat pelanggaran itu dua penumpang bas, pemandu dan penumpang Perodua Myvi, serta pemandu dan penumpang Nissan Almera cedera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan dengan dua daripadanya ditempatkan di zon kuning manakala empat lagi di zon hijau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai hingga menyebabkan kemalangan.

Bas persiaran bawa 44 penumpang terbakar



Enam cedera bas persiaran rempuh tiga kereta

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button