Lori langgar belakang lori, lebuh raya sesak 6km

Lori langgar belakang lori, lebuh raya sesak 6km

Lori langgar belakang lori, lebuh raya sesak 6km
Kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer 241.6 arah utara, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Pedas/Linggi ke Senawang, di sini, malam ini, menyebabkan kenderaan tidak bergerak sepanjang 6km. NSTP/Ihsan pembaca

REMBAU: Kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer (KM) 241.6 arah utara, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Pedas/Linggi ke Senawang, di sini, malam ini, menyebabkan kesesakan sejauh enam kilometer.

Nahas kira-kira jam 7.30 malam itu menyebabkan semua lorong terhalang dan sehingga jam 8.30 malam tadi, kesesakan masih berlaku.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Muhammad Zaki Ramat, berkata berdasarkan maklumat awal, mangsa kemalangan hanya cedera ringan.

“Pasukan peronda masih membuat kawalan di lokasi kemalangan yang membabitkan dua lori dipercayai dilanggar dari belakang. Kejadian sebenar masih dalam siasatan.

“Buat masa ini, kami mendapati mangsa hanya cedera ringan, namun status sebenar akan dimaklumkan kemudian. Keadaan sesak kerana semua lorong terhalang,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Sementara itu, PLUS melalui laman sosialnya memaklumkan kemalangan menyebabkan kenderaan tidak bergerak sejauh enam km arah utara dan kenderaan bergerak perlahan arah selatan sepanjang dua km.

Pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif.

Lori langgar belakang lori, lebuh raya sesak 6km

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker