Selesa disapa Kak Ja, Heliza Helmi akui masih kekok dengan gelaran Datin Seri

Bergelar isteri kepada usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, pelakon dan aktivis kemanusiaan Heliza Helmi masih kekok dengan gelaran Datin Seri.

Heliza, 36, menyatakan dia lebih selesa disapa dengan panggilan Kak Ja oleh orang ramai.

Kata pemilik nama Nur Heliza Helmi, Kak Ja membuatkan hubungan rasa lebih rapat dengan aktivitinya yang banyak menghadiri program motivasi dengan para pelajar.

“Panggil Kak Ja saja. Saya masih sama. Itulah saya dari dulu. Kalau ada yang panggil Datin Seri, kita raikan tapi lepas tu saya cakap saya okay dan lebih selesa dipanggil Kak Ja.



Kita kadang-kadang buat program motivasi dengan pelajar, jadi panggilan Kak Ja itu membuatkan kami lebih rapat dan mesra, nampak macam kakak dan adik.

Untuk majlis formal atau rasmi kita ikutlah tapi untuk panggilan boleh sahaja Heliza atau Kak Ja,” katanya.

Pada 1 Januari lalu, Heliza berkahwin dengan ahli perniagaan berstatus jutawan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

 

Ohbulan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker