Pakistan bergelap, grid tenaga alami kerosakan



Pakistan bergelap, grid tenaga alami kerosakan

Pakistan bergelap, grid tenaga alami kerosakan

ISLAMABAD: Sebahagian besar kawasan di Pakistan terpaksa bergelap awal tadi berikutan masalah kerosakan grid elektrik, lapor kementerian tenaga.

Bekalan elektrik terputus di semua bandar utama termasuk bandar terbesar Karachi, ibu kota Islamabad serta Lahore dan Peshawar.

Menteri Tenaga, Khurrum Dastagir berkata, kegagalan grid itu berlaku akibat perubahan frekuensi di selatan Pakistan.



Bagaimanapun beliau menegaskan masalah tersebut bukan krisis besar dan bekalan tenaga elektrik akan kembali pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

“Kira-kira pukul 7.30 waktu tempatan, grid mengalami kehilangan frekuensi, yang menyebabkan kerosakan besar, tetapi kerja-kerja sedang dilakukan untuk memulihkan sistem tersebut.

“Beberapa grid tenaga di negara itu telah pun dipulihkan dan bekalan akan dipulihkan sepenuhnya dalam masa 12 jam,” jelas Khurrum memberitahu Geo TV.

Jelas beliau, pada musim sejuk, permintaan terhadap tenaga elektrik berkurangan di seluruh negara, justeru sebagai langkah ekonomi, pihaknya menutup sementara sistem penjanaan kuasa pada waktu malam.



“Apabila ia dihidupkan pada waktu pagi, variasi frekuensi dan turun naik voltan dikesan di selatan Pakistan antara Dadu dan Jamshoro menyebabkan unit penjana kuasa ditutup satu demi satu”, katanya.-AGENSI

100 rumah rosak dibadai ribut di Perlis

Pakistan bergelap, grid tenaga alami kerosakan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker