Pasangan kekasih ditahan rosakkan Mercedes Benz A200

Pasangan kekasih ditahan rosakkan Mercedes Benz A200

Pasangan kekasih ditahan rosakkan Mercedes Benz A200
Pemutar skru dan kunci kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk merosakkan kereta mangsa. – Foto ihsan polis

AMPANG JAYA: Polis menahan sepasang kekasih selepas disyaki merosakkan kereta mewah jenis Mercedes Benz A200 milik seorang lelaki yang memarahi mereka di Taman Lembah Jaya, di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu, kedua-dua suspek berusia 45 tahun yang berada dalam keadaan mabuk dan membuat bising datang ke rumah kakak seorang daripada mereka sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata ketika berada di rumah itu kedua-dua suspek dimarahi seorang lelaki yang juga abang ipar kepada kakak suspek.



“Mungkin sebab rasa sakit hati akibat dimarahi ketika berkunjung ke rumah kakaknya, pasangan kekasih itu bertindak membocorkan tayar dan memecahkan lampu kenderaan milik mangsa.

“Mangsa menyedari kereta Mercedes Benz A200 miliknya dirosakkan dengan keempat tayar dibocorkan, lampu bahagian belakang dipecahkan serta keseluruhan kereta mempunyai kesan calar,” katanya kepada media hari ini.

Mohamad Farouk berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati pasangan itu dikesan melakukan perbuatan khianat berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Susulan itu kedua-dua suspek ditahan jam 11 malam tadi di Taman Lembah Maju bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.



“Dalam serbuan itu polis turut merampas objek yang digunakan oleh suspek untuk melakukan perbuatan khianat iaitu pemutar skru dan kunci kereta,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis Benzo dengan suspek lelaki mempunyai tiga rekod jenayah lalu, manakala suspek wanita mempunyai satu rekod jenayah.

“Punca kejadian dipercayai bermotifkan rasa tidak puas hati dengan pengadu yang memarahinya. Kedua-dua suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Rosakkan pagar rumah: Dua lelaki didenda RM4,000



 

Pasangan kekasih ditahan rosakkan Mercedes Benz A200

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button