Resepi Ayam Kapitan

Resepi Ayam Kapitan
Resepi Ayam Kapitan

 

Resepi Ayam Kapitan dari chef terkemuka negara iaitu Chef Wan. Pada mulanya bila tengok resepi tersebut rasa macam biasa aja sebab bahan-bahan yang digunakan agak lebih kurang sama dengan rendang tetapi apa yang menarik adalah terletak kepada bahan kisar yang dimasukkan bersama daun limau purut. Oleh kerana resepi ini adalah dari Chef Wan, Che Nom rasa sangat teruja untuk mencuba. Selepas masak sangat terkejut kerana hasilnya sangat lah sedap dan rasanya lain dari yang lain. Pati asam jawa telah memberikan satu rasa yang istimewa dan ‘compliment the dish‘ dengan cukup lengkap sekali. Hidangan yang sangat dan anda harus cuba. Selain nasi putih, Che Nom rasa hidangan ini sesuai juga dimakan bersama pulut kuning.

 

Bahan-bahan:

 

  • 1 ekor ayam, potong kecil
  • 1/2 cawan pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 mangkuk minyak, untuk menumis
  • Bahan-bahan kisar halus:
    • 15-20 biji cili kering
    • 5 biji buah keras
    • 15 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 biji bawang besar
    • 1 inci kunyit hidup
    • 1 inci lengkuas
    • 1 inci halia
    • 3 batang serai, hiris nipis
    • 4-5 helai daun limau purut

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga masak pecah minyak. Kacau perlahan-lahan rempah tumis supaya tidak hangus dan ambahkan sedikit air jika terlalu kering.
  2. Masukkan ayam dan kacau sebati. Tutup dengan tudung dan biarkan ayam masak seketika.
  3. Masukkan pula santan dan pati asam jawa. Renehkan sehingga kuah pekat dan ayam masak empuk. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

 

Tip:

 

  • Hidangan ini harus dimasak di atas api yang perlahan supaya kesemua bahan direneh denga sempurna dan kuahnya menjadi pekat dan sedap.

Kari Ayam Pedas Kuah Pekat Dan Likat

Resepi Ayam Kapitan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker