Tahap kepuasan rakyat terhadap Jokowi meningkat



Tahap kepuasan rakyat terhadap Jokowi meningkat

Tahap kepuasan rakyat terhadap Jokowi meningkat
JOKO WIDODO

JAKARTA: Kajian menunjukkan kadar kepuasan orang ramai terhadap Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) melonjak ke paras tertinggi selepas kerajaan melonggarkan sekatan Covid-19 bulan lalu.

Angka yang dikeluarkan Lembaga Survei Indonesia (LSI) menunjukkan kepuasan terhadap Jokowi meningkat secara konsisten sejak beberapa bulan lalu sehingga mencapai 76.2 peratus pada awaltahun ini.

Pengarah Eksekutif LSI, Djayadi Hanan berkata, dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini prestasi presiden meningkat dari segi persepsi awam yang positif daripada 62 peratus pada September 2022 kepada 76.2 peratus.



“Jika kita lihat pada tempoh tiga bulan lalu, peningkatan itu agak ketara,” katanya.

Lonjakan lebih 10 mata itu meletakkan Jokowi pada kadar penerimaan tertinggi yang dicatatkan oleh LSI sejak penggalnya yang bermula pada 2014.

Tinjauan LSI yang dijalankan antara 7 hingga 11 Januari meliputi lebih 1,200 responden itu turut dilakukan beberapa bulan selepas bermulanya perbicaraan berprofil tinggi terhadap bekas jeneral polis Indonesia.

Pendedahan kes itu dilihat sebagai tanda bahawa kerajaan cuba menangani isu berkenaan.



LSI menyebut penambahbaikan dalam persepsi ekonomi dan penguatkuasaan undang-undang sebagai sebab utama lonjakan tersebut.

Jokowi sedang menghabiskan penggal kedua dan terakhir sebgaia Presiden menjelang pilihan raya akan datang yang dijadualkan pada Februari 2024.

Tinjauan mendapati Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo adalah calon pilihan untuk menggantikan Jokowi walaupun pencalonannya masih belum diumumkan.

Calon utama lain adalah Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto dan bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan selepas kedua-duanya mengumumkan hasrat untuk bertanding. – REUTERS



Indonesia bakal tamatkan semua sekatan Covid-19 akhir tahun ini

Tahap kepuasan rakyat terhadap Jokowi meningkat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker