Man United lebih mantap tanpa Pogba, Ronaldo

London: Roy Keane melabelkan pemain yang dilepaskan Manchester United sebagai ‘beban’ dan memuji Erik ten Hag kerana membawa kembali suasana gembira di Old Trafford.

Ten Hag berpeluang memenangi trofi pada musim pertamanya di Old Trafford selepas United memastikan tempat ke final Piala Liga dengan menewaskan Nottingham Forest 2-0, awal pagi tadi sekali gus menang menerusi agregat 5-0.

Pengendali dari Belanda itu berdepan permulaan bermasalah apabila perlu melayan karenah diva Cristiano Ronaldo namun kini kelab itu dilihat mempunyai semangat baharu di kalangan semua pemain.



Bercakap selepas kemenangan itu, Keane yang juga bekas kapten United berkata, impak positif itu hadir selepas beberapa berprofil tinggi meninggalkan kelab itu.

“Apabila pengurus (Ten Hag) mula membimbing kelab, United berada di kedudukan paling bawah.

“Beberapa pemain seperti Pogba, Mata, Matic, Jesse Lingard pula mahu meninggalkan kelab apabila kontrak mereka sudah tamat,” katanya.

Ketika ditanya adakah pemergian Ronaldo turut membantu merombak semula United, Keane bersetuju dengan pandangan itu.



“Saya rasa itu membantu (pemergian Ronaldo) pengurus dan kelab.

“Tiada siapa yang mahu masalah berterusan sepanjang separuh musim kedua dan ia sepatutnya ditangani pada musim panas. Melihat situasi Ronaldo, jelas sekali dia tidak mahu duduk di bangku simpanan,” katanya.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button