Tong gas bertaburan atas jalan

Tong gas bertaburan atas jalan

Tong gas bertaburan atas jalanJEMPOL: Sebuah treler dalam perjalanan membawa tong gas memasak kosong ke Melaka terbabas menyebabkan 525 tong berkenaan bertaburan di atas jalan, kira-kira jam 12.25 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook, treler berkenaan kemudian melintang di tengah jalan, menyebabkan laluan terbabit terpaksa ditutup tiga jam bagi kerja pembersihan.

“Kejadian dipercayai apabila pemandu treler berusia 45 tahun gagal mengawal kenderaan lalu melanggar tebing jalan dan terbalik sebelum melintang di tengah jalan.



“Pemandu treler tersepit di tempat duduk sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba pada jam 3.40 petang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Chang Hook berkata, lelaki berkenaan patah kaki dan tangan kanan kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN ) untuk rawatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis sudah tahan pemandu treler



Tong gas bertaburan atas jalan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button