39 keluarga hilang tempat berteduh

Limbang: Kira-kira 39 keluarga hilang tempat berteduh apabila satu blok Rumah Panjang Bujang di Rantau Kiran, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi hari ini.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.48 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Nanga Mendamit bergegas ke lokasi.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan rumah panjang dua tingkat itu.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan air dari jentera bomba berikutan berdepan kesukaran kerana kawasan berkenaan tidak mempunyai pili bomba.



“Kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana kesemua penghuninya berjaya lari menyelamatkan diri,” katanya.

Katanya, setakat ini punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker