Bale beralih ke sukan golf

London: Gareth Bale memaklumkan bahawa dia akan bermain dalam sukan golf Pebble Beach Pro-Am Februari ini hanya beberapa minggu selepas bekas bintang Real Madrid dan Wales itu mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.

Bale yang mengumumkan persaraan pada awal Januari lalu akan menyertai beberapa selebriti lain di lapangan golf di California bersama beberapa profesional golf terkemuka dunia.

Pemain berusia 33 tahun itu menulis di Instagram: “Berbesar hati untuk mengumumkan saya akan bermain dalam AT&T Pebble Beach Pro-Am pada awal bulan depan! Jom pergi.”

Bekas penyerang Tottenham, Bale memenangi lima kejuaraan Liga Juara-Juara dan tiga mahkota La Liga bersama Real tetapi menunjukkan minat untuk bermain golf dan perkara itu pernah menimbulkan kemarahan penyokong Madrid.



Semasa beraksi di peringkat antarabangsa bersama Wales, dia bergambar dengan sepanduk bertulis, ‘Wales. Golf. Madrid. In That Order’.

Bale yang menamatkan karier kelabnya bersama Los Angeles FC, beraksi untuk Wales pada Piala Dunia tahun lalu di Qatar sebelum memutuskan untuk bersara.

Dia kini mempunyai masa untuk mengalihkan perhatiannya kepada sukan kedua yang diminatinya.

Seramai 156 pemain amatur akan mengambil bahagian di Pebble Beach dari 2 hingga 5 Februari yang turut membabitkan pemain profesional termasuk juara Terbuka AS, Matt Fitzpatrick dan pemain nombor lima dunia Patrick Cantlay.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker