Buka kes rasuah Zeti dan Nazlan boleh pulih imej perundangan negara.

Apabila terdedah bahawa Parti PAS juga mengamal pemberian Rasuah untuk raih undi , maka sudah lengkap satu ‘cycle’ rasuah dalam negara Malaysia.

Selain  pihak berpaksi agama seperti PAS di’viral’kan memberi rasuah kepada pengundi , sebelum ini seorang hakim juga disiasat dan didapati menerima rasuah dan juga terkait kes AMLA.

Hakim Nazlan Ghazali , hakim yang mendengar dan menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak telah disiasat dan siasatan nya telah lengkap oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia , namun kes masih belum dibuka buka di dihalang oleh pihak ‘tertentu’.



Baru baru ini Anwar Ibrahim ada menyebut tentang pembangunan masyarakat “madani”.

Dari segi bunyi sememang nya gah, tetapi dari segi pengisian Masih kosong.

Anwar sememang gemar dengan perkataan ‘bombastik’ malah Anwar juga dulu pernah membangkitkan isu Bahasa Baku.

Selain menyebut perkataan perkataan yang canggih dan moden , Anwar juga suka mendabik dada konon nya beliau pembenci Rasuah sama seperti Tun Mahathir.



Menyatakan membenci Rasuah dan menolak rasuah oleh Tun Mahathir , akhir nya terbukti kata kata kosong dan sekadar retorik sahaja.

Akhir nya Tun Mahathir terus sunyi sepi apabila dibangkit kan kisah kes terpilih oleh nya (selective presecution).

Tun Mahathir juga terlondeh apabila tidak dapat menjawap , malah lari dari menjawap apabila terkait kes bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz dan rasuah RM700 juta.

Maka, kenyataan konon menolak rasuah oleh Tun Mahathir ternyata palsu dan ‘lips service’ sahaja.



Malah , pada insiden tertentu jika membabit kroni nya, Tun Mahathir cuba memutar belit isu rasuah dengan menyatakan ia “offset” seperti kes “AirAsia” dan “Boeing”.

Begitu lah Tun Mahathr dan sebab sebab kenapa kata kata dari Tun Mahathr berkenaan rasuah sudah tidak boleh digunapakai lagi.

Kini , peluang menebus maruah perundangan negara jatuh ie tangan Anwar Ibrahim pula.

Sudah berulangkali Anwar melaungkan kenyataan berkenaan kebencian kerajaan nya dengan hal korupsi.



Namun , pasti Anwar tidak akan dipandang ‘serious’selagi kes rasuah terbesar negara masih belum dibuka buka lagi.

Dua kes rasuah Zeti dan Hakim Nazlan masih tidak diketahui status nya.

Anwar tidak perlu masuk campur berkenaan prosiding  kes, apa yang perlu ada lah menegur berkenaan kenapa kes masih belum dibuka buka lagi.

Sudah jadi pengetahuan dunia negara Malaysia dan sistem perundangan masih berhutang dua kes besar berprofil tinggi ini.



Rakyat tertanya tanya dan tertunggu tunggu untuk mengetahui akan kisah dua tokoh yang disiasat ini dan apa sebab masih belum didakwa.

Seperti kata Datuk Lokman Adam , Anwar akan dimartabatkan sebagai Perdana Menteri terbaik jika berjaya membuka dua kes ini ke mahkamah.

Sambil itu juga dapat menangkis tanggapan rakyat bahawa ada orang lain yang lebih menguasai belakang tabir terhadap sistem perundangan negara.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button