‘Dalil’ apa akan digunakan PAS untuk ‘halalkan’ rasuah?

Oleh – Bakhtiar Omar


 

Apa lagi 'Dalil' akan digunakan PAS untuk halalkan rasuah?

PAS kini perlu memikirkan apakah bentuk ‘dalil’ akan digunakan bagi halalkan rasuah mereka kepada pengundi. Ini berikutan pelbagai alasan dikeluarkan Presiden PAS, Hj Hadi Awang bagi menyakinkan semua bahawa PAS hana menyuburkan amalan ‘sedekah’.

Parti Islam Se-Malaysia ini kelihatan semakin tersepit dengan dakwaan rasuah yang berlaku pada PRU15 melibatkan Perikatan Nasional bersama PAS.

Apa lagi 'Dalil' akan digunakan PAS untuk halalkan rasuah?

Malah, lebih menggemparkan, ada klip video menunjukkan bagaimana PAS membayar pengundi dengan wang dan sebelum itu,penerima perlu bersumpah dengan nama Allah mereka akan mengundi PAS.

“Ya benar ada pihak menyatakan ia sebagai satu sedekah kepada orang ramai, namun tetap (menjadi) satu bentuk kesalahan iaitu memberi rasuah berdasarkan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Oleh yang demikian, SPRM telah bertindak membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut setelah menerima aduan semasa dan selepas pilihan raya.
“Proses siasatan juga dilakukan bagi apa jua kes yang dirujuk kepada kami di SPRM,” – Azam Baki – 24/1/2023
Begitu mudah Hj Hadi dan PAS menafsirkan sedekah sebagai jalan keluar kepada dakwaan rasuah yang mereka lakukan pada PRU15. Bahang dakwaan rasuah tersebut turut dikongsi bersama Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin yang cuba mempertahankan kenyataan Hadi.
 
 

Rakyat tertunggu apa lagi tafsiran ‘ikut selera’ dan ‘ikut keadaan’ yang akan dikeluarkan para pemimpin PAS mengenai isu rasuah tersebut.

Pemimpin PAS Perak misalnya menyatakan amalan derma memang telah lama subur dalam PAS. Malah mengejutkan sekali satu pendedahan oleh Telegram Edisi Siasat agak mengejutkan. Adakah beliau sendiri memakai jam tangan hasil derma bernilai RM119,929?

Apa lagi 'Dalil' akan digunakan PAS untuk halalkan rasuah?

PAS sebenarnya perlu hentikan ‘lakonan’ mereka dalam mempertahankan ideologi PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

Mereka perlu menjelaskan kepada penyokong PAS bahawa PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukannya sebagai sebuah perjuangan Islam dalam ertikata sebenar. 

Politik tetap politik dan PAS memerlukan wang untuk menggerakkan parti serta jentera. Tiada istilah percuma dalam menggerakkan sebuah parti dan hentikanlah janji setiap derma yang diberikan penyokong akan berguna sebagai ‘pahala’ jalan ke syurga.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker