TMJ gesa pihak berkuasa tegas untuk ambil tindakan

 

Oleh Pena Merah

TMJ gesa pihak berkuasa tegas untuk ambil tindakan
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah.

Tunku Mahkota Ismail turut bertitah, kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam dan isu ini tidak boleh dipandang remeh.

β€œBerkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.



β€œSaya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara,” titahnya menerusi hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi.

Rabu lalu, pengendali rangkaian kedai serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn. Bhd. (KK Super Mart) memohon maaf berhubung video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri menegaskan siasatan terhadap kedai serbaneka itu tetap diteruskan meskipun KK Mart sudah menarik balik kesemua stoking yang tertera kalimah Allah. – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker