Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 

Oleh – Adam Malik


Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

Pendedahan demi pendedahan berkenaan memo dalaman pejabat AG sudah tular dan menjadi bualan netizen.

Pemimpin Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi juga sudah beri kenyataan.

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

Datuk Ahmad Maslan juga sudah beri kenyataan berkenaan isu yang sama.

Amat jelas kedudukan terhadap kes 1MDB, IPIC Datuk Seri Najib Razak telah berada didalam keraguan apabila didapati 3 memo dari pihak dalaman  Pejabat AG mendapati tiada kes untuk didakwa , namun didakwa juga.

Hal yang sama juga didapati pada kes yang dihadapi oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Jika pihak penyiasat sendiri sudah sahkan tiada kes untuk didakwa, siapa pula gerangan yang dalangi dakwaan?

Sehingga kini pihak Peguam Negara Azhar Idrus sekadar beri kenyataan akan menyiasat bagaimana memo itu boleh bocor dan bukan mengulas berkenaan kandungan memo itu.

Ini memberi gambaran bahawa memo itu sahih dan tulin.

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

Tambah lagi mustahil 7 DPP telah khilaf dan 5 pegawai penyiasat telah tidak faham cara hendak menyiasat.

Apapun , apa yang hendak dibicarakan disini ada lah kedudukan konspirator kepada semua kes kes yang direka ini.

Tentulah mereka orang berpengaruh yang boleh memberi arahan untuk diteruskan juga

Siapa lebih tinggi dari mereka? Tentu sekali orang seperti AG terkait ketika itu dan bukan AG yang hendak bersara ini.

Maka siapa lagi jika bukan orang seperti AG Tommy Thomas?

MAHATHIR LANTIK TOMMY THOMAS SEBAGAI PEGUAM NEGARA UNTUK KEPENTINGAN SIAPA?

Ketika itu Perdana Menteri adalah Tun Mahathir.

Mahathir juga adalah orang yang melantik Tommy Thomas.

Maka pengganti TT pula dilantik oleh Muhyiddin Yassin.

Namun, walaupun secara rasmi konspirator kepada kes kezaliman belum dikenal pasti secara rasmi, tapi sudah boleh dikira dan diduga siapa pihak konspirator pasti berada didalam keresahan dan tersepit dengan apa yang dirancang dan didalangi.

Belum terdedah pun sudah boleh diteka siapa mereka.

AG Azhar sudah mula ambil cuti sebelum pencen, tapi siapa pun AG yang akan dilantik tetap bertanggung jawab untuk menjelaskan bagaimana sudah dicop tuada kes tapi diteruskan juga.

Dan lebih penting mendedahkan siapa konspirator yang dalangi kes rekaan ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker