‘Lockdown’ pertama di Korea Utara

Seoul: Korea Utara menguatkuasakan sekatan pergerakan (lockdown) selama lima hari di ibu negara Pyongyang susulan lonjakan kes penyakit pernafasan yang tidak dinyatakan.

Ia dilaporkan NK News di sini, yang memetik notis kerajaan jirannya itu.

Menurut NK News, notis itu tidak menyatakan mengenai Covid-19, tetapi berkata, penduduk di Pyongyang diarahkan untuk duduk di rumah sehingga Ahad dan perlu menyerahkan laporan pemeriksaan suhu beberapa kali, setiap hari.

NK News adalah laman web yang memantau perkembangan di Korea Utara.



Pada Selasa, laman web itu melaporkan penduduk Pyongyang dipercayai mendapatkan stok barangan sebagai persediaan peraturan yang lebih ketat.

Namun, tidak jelas sama kawasan lain di Korea Utara dikenakan sekatan pergerakan.

Korea Utara melaporkan penularan kes pertama Covid-19 tahun lalu, namun menjelang Ogos, ia sudah mengisytiharkan berjaya memerangi virus itu.

Negara itu tidak pernah mendedahkan jumlah penduduknya yang dijangkiti Covidf-19, yang dikatakan berpunca kerana kurangnya ujian besar-besaran.



Ia sebaliknya melaporkan jumlah kes harian demam, angka yang mencecah 4.77 juta berbanding populasinya iaitu 25 juta.

Namun, Korea Utara tidak melaporkan kes seumpamanya sejak 29 Julai.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker