Pitas, Kota Marudu daerah terbaharu dilanda banjir di Sabah

Pitas, Kota Marudu daerah terbaharu dilanda banjir di Sabah

Pitas, Kota Marudu daerah terbaharu dilanda banjir di Sabah
Foto hiasan

KOTA KINABALU: Pitas dan Kota Marudu menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan 79 mangsa daripada 21 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas, manakala operasi menyelamat mangsa masih dijalankan di Kota Marudu, sehingga pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan 87 mangsa daripada 20 keluarga pula ditempatkan di dua PPS di daerah Paitan, menjadikan mangsa banjir di Sabah pagi ini meningkat kepada 166 orang daripada 41 keluarga, berbanding 65 orang daripada 16 keluarga malam tadi.

Menurut kenyataan itu, dua PPS dalam daerah Paitan iaitu Dewan Kampung Kubambangan menempatkan 38 mangsa daripada 10 keluarga manakala 49 mangsa daripada 10 keluarga berada di Dewan Kampung Batangon Darat.



Tiga PPS di Pitas iaitu Rumah Ketua Kampung Sinasak Batu menempatkan 18 mangsa daripada enam keluarga, Surau Kampung Sibuang menjadi tempat berlindung buat 38 mangsa daripada sembilan keluarga dan Dewan Kampung Kusilad pula menempatkan 23 mangsa daripada enam keluarga.

“Bencana banjir berlaku disebabkan hujan lebat berterusan bermula pagi semalam. Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan dijangka meningkat,” menurut kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kota Marudu Alexander Yong berkata Bilik Gerakan Bencana Alam Daerah telah dibuka berkuat kuasa pukul 3 pagi hari ini, manakala Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) digerakkan untuk beroperasi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam (Banjir) Kota Marudu itu berkata Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) juga telah diarahkan untuk melaksanakan operasi penyelamatan di lapangan.



Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan cuaca bagi negeri Sabah hari ini diramalkan hujan di beberapa tempat melibatkan kawasan Pantai Barat, Sandakan dan Kudat, serta hujan di satu dua tempat di pedalaman dan Tawau. – BERNAMA

 

Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Pitas, Kota Marudu daerah terbaharu dilanda banjir di Sabah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker