Euro 2024: Sepanyol sahkan tempat di pusingan akhir

Euro 2024: Sepanyol sahkan tempat di pusingan akhir
Euro 2024: Sepanyol sahkan tempat di pusingan akhir
GAVI menjadi wira Sepanyol apabila meledak gol tunggal kemenangan pasukan itu ketika menewaskan Norway awal pagi semalam. – AFP

OSLO – Ketua Jurulatih Sepanyol, Luis De La Fuente menghamburkan pujian kepada barisan pemainnya yang kekal bersatu untuk bangkit mengesahkan slot ke pusingan akhir saingan Euro 2024 di Jerman.

Selepas dipalit kekalahan kepada Scotland pada perlawanan kedua, La Roja mula menyerlahkan kualiti sebenar dan kemenangan 1-0 ke atas Norway awal pagi semalam sudah memadai untuk menoktahkan pemburuan slot ke saingan tersebut.

“Kami masih ingat apa yang kami pernah lalui pada aksi terdahulu. Segala isu dan permasalahan sudah pun diperbetulkan, tetapi skripnya masih lagi sama.

“Kami sudah tunjukkan yang kami kekal bersama. Kemaraan adalah satu kewajiban dan tanggungjawab yang kami perlu lunaskan,” katanya.

Pada perlawanan semalam, bintang muda Barcelona, Gavi muncul wira Sepanyol dengan menyumbangkan gol tunggal perlawanan dan kini hanya bersaing bersama Scotland untuk menentukan juara Kumpulan A.

Bulan depan Sepanyol bakal lengkapkan dua lagi baki perlawanan bermula dengan kunjungan ke Cyprus dan menerima kunjungan Georgia. – AGENSI

Euro 2024: Sepanyol sahkan tempat di pusingan akhir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker