PSG cuba pikat Arteta ke Paris

PSG cuba pikat Arteta ke Paris

PSG cuba pikat Arteta ke Paris
Mikel Arteta berjaya mengemudi Arsenal ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris musim lalu. – Foto arsenal.com

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) sudah mengadakan rundingan dengan pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengenai kemungkinan beliau menjadi ketua jurulatih kelab itu, menurut laporan di Perancis.

Arteta mengemudi The Gunners ke tangga kedua dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu, mencabar Manchester City merebut kejuaraan sebelum gagal di penghujung saingan.

Warga Sepanyol itu menandatangani perjanjian baharu di Arsenal yang akan mengekalkannya di Emirates sehingga 2024, bagaimanapun perbincangan diadakan antara Arteta dan pengarah sukan PSG Luis Campos, seperti yang dilaporkan oleh RMC.



Juara Ligue 1 itu sedang mencari pengurus tetap keempat dalam tempoh lima tahun apabila berpisah dengan Christophe Galtier selepas hanya satu musim.

Kaitan Arteta dengan kekosongan jawatan di Paris hadir selepas perbincangan antara kelab itu dan bekas bos Bayern Munich, Julian Nagelsmann dilaporkan gagal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?


Penyokong Arsenal yang prihatin bagaimanapun gembira apabila mendapat tahu perbincangan dengan Arteta dilaporkan tidak seperti yang diharapkan oleh kelab Perancis itu.

Campos dikatakan yakin mengenai peluang untuk membawa pengendali berusia 41 tahun itu dari England mengambil kira komitmen dan kerja kerasnya bersama Arsenal.



Arteta pula tidak sabar untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara bersama Arsenal apabila mereka kembali ke saingan utama pertandingan kelab Eropah itu selepas enam tahun tidak beraksi.

Difahamkan Campos bukanlah pembuat keputusan utama untuk melantik pengurus baharu dan rundingan dikatakan hanya berlaku untuk menyatakan sama ada Arteta berminat dengan projek PSG.

Bagaimanapun, terdapat petanda yang lebih menggalakkan mengenai kemungkinan mereka melantik pengurus Porto, Sergio Conceicao dengan rundingan kelihatan semakin rancak hujung minggu ini. – AGENSI

PSG cuba pikat Arteta ke Paris


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker