Sogok Pengundi – Alasan dan penafian PAS Tidak masuk akal.



 

Apabila sudah terkantoi PAS memberi sogokan kepada pengundi untuk mendapat sokongan pda PRU15 , maka pelbagai reaksi penafian mula dibangkitkan oleh pemimpin PAS bagi menghalalkan perbuatan sogokan mereka.

Salah satu cara pemimpin PAS untuk alih perhatian ada lah menyebut bahawa pemimpin UMNO ada terpalit kes rasuah dimahkamah.

Namun cuba bagaimanapun untuk alih kisah PAS memberi sogokan kepada pengundi , fakta tidak berubah ia itu PAS sah telah memberi rasuah.

Pelbagai pembuktian dari video video tular sudah memadai untuk membuktkan kejadian benar berlaku dan bukan rekaan atau pun fitnah.



Kini , apa yang PAS cuba lakukan ada lah menafi sekeras keras nya dengan alasan serta fatwa tersendiri menggunakan agama.

Presiden PAS Haji Hadi Awang cuba memberi alasan “sedekah” tetap ciri ciri sogokan tetap ada kerana terma “sedekah’ yang diberi oleh Haji Hadi Awang adalah sekadar untuk menghalalkan cara sahaja.

 

Selan PAS berhadapan kehilangan beberapa kerusi , PAS juga bakal berhadapan risiko pembekuan aset jika ‘sedekah’ kemudian nanti didapati ada ‘money trail’ datang dari pihak tertentu yang mendapat projek atau pun tender.

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia sudah pasti akan menyiasat aduan awam terhadap PAS.



Apa yang menarik untuk diperhatikan ada lah sikap PAS yang selama ini menganggap diri mereka lebih suci dari pihak lain (holier than thou) tertapi apabila sah terbukti memberi rasuah kepada pengundi , sifat ‘egoistik’ PAS cuba menafikan perbuatan rasuah pengundi dengan menyalahi pihak lain dan menuding jari kepada pihak lawan terutama nya UMNO.

Namun, rakyat sudah tidak bodoh lagi untuk menafsirkan perbuatan PAS,

Rasuah tetap rasuah tidak kira alasan apa pun yang diberi.

Kini semua pihak sedang menunggu tindakan susulan dari SPRM dalam isu menyogok pengundi.



Di Terengganu sahaja sudah ada beberapa aduan terhadap PAS berkenaan kemenangan nya atas sebab menyogok pengundi.

PAS dijangka terpaksa berhadapan Pilihanraya kecil jika Surhanjaya Pilihanraya mendapati kemenangan PAS tidak sah atas sebab sogokan terhadap pengundi.

Apa yang nyata alasan dan jawapan PAS terhadap perilaku merasuah pengundi sekadar untuk penafian sahaja , kerana video dan gambar bukti memberi sogokan sudah tidak dapat dinafikan lagi.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker