Terapung 10 Jam Dalam Sungai, Wanita Gagal Lemaskan Diri



Cubaan seorang wanita di Thailand untuk membunuh diri dengan melemaskan dirinya ke dalam Sungai Mae Klong di Wilayah Samut Songkram gagal selepas diselamatkan oleh pihak penyelamat.

Difahamkan, wanita tersebut terapung di permukaan sungai selama 10 jam sebelum ditemui oleh seorang pemilik Restoran Baan Koh iaitu Wichai Tiamcharoen, 45 tahun.

Pemilik premis makanan itu segera menghubungi pasukan penyelamat selepas ternampak sekujur ‘mayat’ yang memakai baju berwarna manggis dan seluar hitam terapung di jeti berhampiran dengan kedai makannya.

Sebaik saja tiba di lokasi, beberapa anggota penyelamat terjun ke dalam sungai untuk menarik wanita berkenaan ke tebing namun mereka terkejut apabila dia tiba-tiba membuka mata selepas dianggap mati.



Kejadian itu juga dikatakan satu insiden yang tidak pernah berlaku sepanjang kes menyelamat dilakukan.

Selepas menerima rawatan di hospital akibat keletihan, wanita tersebut mengakui bahawa dia tertekan dan keluar dari rumah pada malam sebelum kejadian untuk melemaskan dirinya berhampiran dengan Wat Chong Lom.

Sumber: Thaiger News



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker