“LAMA IDAM NAK ADA RUMAH SENDIRI…” – AJAK SHIRO BUAT RUMAH UNTUK ABAH

“Alhamdulillah dah nak siap dah rumah. Dah lama dah abah saya ni nak ada rumah sendiri. Kesian dia, dulu nak besarkan kiteorang lapan orang, tak ada duit nak buat rumah. Dah pencen baru ada duit… Allah hai… Sekarang ni kita tunggu rumah pencen siap,” kata pelawak dan penyampai radio, Ajak yang terharu.

 

Ajak berkongsi rasa teruja melawat ke tapak pembinaan rumah baharu bapanya, Razak Pakon di Kluang, Johor. Rumah tersebut dibina khas demi memenuhi impian bapanya yang ingin memiliki kediaman sendiri selepas berpencen.

Kata Ajak, rumah setingkat yang memiliki tiga bilik tidur itu kini masih dalam pembinaan dan sudah hampir siap. Lebih menarik lagi, menerusi video tersebut Ajak turut membuat ‘tour’ sekeliling rumah yang berlatar belakangkan pemandangan indah dari Gunung Lambak.

“Tak tergambar dengan kata-kata, happy rasanya. Kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Abah dan emak membesarkan kami lapan beradik memang tak ada. Semoga Abah gembira ada rumah sendiri,” ujarnya.



Klik untuk gambar besar

Tambah Ajak lagi, dia berharap agar kediaman tersebut dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini: “Insya-Allah kalau tak ada aral melintang saya harap Abah dapat duduk di rumah baru sebelum tahun hadapan.

“Apa pun saya berterima kasih kepada tukang rumah yang bertungkus lumus menyiapkan kerja mereka dengan baik dan kemas,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut turut mendoakan kelancaran proses pembinaan rumah bapa Ajak dan diberikan kesihatan yang baik.



Rata-rata mereka juga bersetuju bahawa, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat ibu dan bapa sendiri gembira.

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ajak Shiro

KERTAS PUTIH FELDA – ANTARA AZMIN ALI, FELDA DAN FIC SIAPA SALAH?

KERTAS PUTIH FELDA – ANTARA AZMIN ALI, FELDA DAN FIC SIAPA SALAH?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker