Zeti ; Anwar bersikap ‘No Action, Talk Only’?

Falsafah, retorik politik jadi 'mimpi ngeri' buat Anwar

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Zeti ; Anwar bersikap 'No Action, Talk Only'?

Menyentuh isu berkaitan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, beliau beruntung kerana Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim hanya bersikap ‘No Action, Talk Only’.

Dari pemerhatian sejak menjadi PM, Anwar langsung tidak menyentuh persoalan yang pernah dibentangnya ketika masih bergelar pembangkang.

Zeti, saksi utama kes 1MDB mampu menghela nafas panjang bila ‘Cuti Sakit’ beliau berpanjangan sehingga melepasi tempoh cuti bersalin. Beliau boleh hadir ke majlis lain tanpa perlu risau diheret ke Mahkamah bagi memberi keterangan.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bimbang kekurangan usaha kerajaan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan negara ekoran penglibatan beberapa pegawai bank berpangkat tinggi dalam siasatan skandal 1MDB. Beliau berkata, Bank Negara Malaysia belum memberi penjelasan mengenai dakwaan penglibatan bekas gabenornya, Zeti Akhtar Aziz dalam skandal 1MDB. – Anwar Ibrahim – 6/4/2021

Apa yang Anwar berani lakukan terhadap Zeti yang sepatutnya dibawa ke Mahkamah? Hanya mengeluh kepada media dan kemudian mencipta istilah baru untuk digunakan sebagai alasan?

Anwar Ibrahim perlu membuktikan kredibiliti beliau dalam isu Zeti dan suaminya serta penglibatan mereka dalam kes 1MDB. Bukan sahaja itu, dakwaan bekas Peguan Negara, Tommy Thomas mengenai Zeti juga perlu disiasat dan diambil tindakan.

Zeti ; Anwar bersikap 'No Action, Talk Only'?

Bukan hanya berfalsafah dan retorik yang berbelit. Dalam hal ini, Anwar akan dinilai rakyat berkaitan tindakan beliau dan apa ketegasannya selama berkuasa.

Documents sighted by The Edge showed that the BSI banker Yak Yew Chee — who was jailed in Singapore for abetting Jho Low in 1MDB-related criminal transactions — had told CAD that “when ADKMIC was incorporated (July 17, 2007), there were six to seven shareholders, including Jho Low and Datuk (Tawfiq) Ayman — husband of Dr Zeti, governor of Bank Negara”.

CAD investigations also found that, between June 2011 to September 2013, a total of US$153 million was transferred to ADKMIC’s bank account in RBS Coutts Singapore from Good Star Ltd’s bank account in RBS Coutts, Switzerland. – The Edge Malaysia – 8/3/2021

Tidak guna menjadi Perdana Menteri yang hnya pandai bercakap seolah ‘Burung Kakak Tua’ tetapi tidak pandai buat apa-apa selain menunggu disuapkan makanan ke mulut.

Sejauh mana Anwar Ibrahim berani bertindak selepas kegagalan Muhyiddin dan Ismail Sabri dalam menyelesaikan kes 1MDB akan mempengaruhi imej beliau selaku Perdana Menteri.

Jika kekal dengan sikap NATO, Anwar boleh ucapkan selamat tinggal kepada dunia politik dalam tempoh terdekat.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker