‘Trojan Horse Azmin’ berkuasa di bawah Rafizi

Oleh – Bakhtiar Omar


'Trojan Horse Azmin' berkuasa di bawah Rafizi
Siapa ‘Trojan Horse Azmin’ di bawah Kementerian Rafizi?

Kisah ‘Trojan Horse Azmin’ semakin kuat bertiup apabila ada maklumat menyatakan individu tersebut sangat berkuasa di bawah Kerajaan Perpaduan.

Lebih lagi apabila dikatakan, ‘Trojan Horse’ itu berada di bawah salah satu cabang Kementerian yang diterajui Rafizi Ramli.

Sangat berpengaruh sehingga mampu membuat PMX, Anwar Ibrahim menurut sahaja cadangan atau apa sahaja idea individu itu.

Tidak menjadi satu perkara pelik langsung bila menyentuh mengenai ‘Trojan Horse’ kerana Azmin Ali sendiri pernah berada di kedudukan sama semasa mengekang perjanjian peralihan kuasa antara Mahathir-Anwar.

Azmin benar-benar menunjukkan belang walau ketka itu beliau merupakan Timbalan Presiden PKR apabila mencabar PKR membuktikan kewujudan perjanjian peralihan kuasa.

Namun demikian, segala persoalan berkaitan kesetiaan Azmin kepada parti terlerai. Beliau memilih untuk berkuasa dari meneruskan perjuangan PKR.

Apatah lagi hubungan antara beliau dan Rafizi Ramli tidak pernah baik walau ketika berada dalam PKR.

Satu kebijakan Azmin yang perlu diakui, beliau pandai ‘menyelitkan’ orangnya dalam agensi tertentu milik Kerajaan sebelum kerajaan bertukar selepas PRU15.

Azmin ada ‘Trojan Horse’ dalam Kerajaan Perpaduan?

Bagi memastikan segala perancangan yang telah dibuat Azmin diteruskan, ‘Trojan Horse Azmin’ bijak menutup jejak bila mampu ‘berlakon’ dihadapan Menteri dan Kementerian.

Penguasaan ‘Trojan Horse Azmin’ bukan sesuatu yang boleh dipandang rendah kerana individu tersebut boleh menjadi ‘mata, telinga dan lidah’ Azmin dalam membuat sebarang keputusan terutama berkaitan projek-projek  berkaitan agensi terbabit.

Apakah ‘Trojan Horse Azmin’ akan mempengaruhi Rafizi Ramli pula? Jika beliau berjaya menguasai Rafizi, ini merupakan kejayaan terbesar Azmin terhadap Rafizi kerana mampu mengawal segala keputusan dengan ‘satu butang’.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker