Dua juruterbang maut, enam hilang dalam dua insiden pesawat di Filipina

Dua juruterbang maut, enam hilang dalam dua insiden pesawat di Filipina

Dua juruterbang maut, enam hilang dalam dua insiden pesawat di Filipina

MANILA: Dua juruterbang tentera udara Filipina terbunuh dalam nahas di kawasan ladang di barat laut Manila sementara misi pencarian masih diteruskan bagi mengesan sebuah lagi pesawat persendirian membawa enam mangsa yang hilang di utara pergunungan daerah berkenaan, semalam.

Ketua Polis wilayah Bataan, Kolonel Romell Velasco berkata, penerbangan itu berlepas dari lapangan terbang Sangley di wilayah Cavite di Selatan Manila sebelum terhempas ke dalam sawah di wilayah Bataan.

“Pesawat itu benar-benar terbelah, di mana sayap juga terpisah dari badan pesawat.

“Mustahil untuk sesiapa pun bertahan dan terselamat dalam keadaan sebegini,” katanya sambil menambah mayat telah ditemui.

Sementara itu, Jurucakap Tentera Udara, Kolonel Maria Consuelo Castillo berkata, siasatan bagi menentukan punca nahas sedang dijalankan.

Dalam kejadian berasingan di utara pergunungan negara itu, pihak berkuasa penerbangan awam Filipina memaklumkan, sebuah pesawat Cessna yang membawa seorang juruterbang dan lima penumpang gagal tiba di landasan udara terpencil semalam.

Jurucakap pengawal selia industri, Eric Apolonio berkata, pesawat yang hilang itu berlepas dari lapangan terbang Cauayan di laluan merentasi banjaran gunung Sierra Madre.

Pengawal trafik udara menjejak komunikasi penerbangan selepas pesawat itu tidak bertindak balas setengah jam selepas ia sepatutnya mendarat.

Operasi mencari dan menyelamat juga dilaporkan terpaksa dihentikan sementara berikutan cuaca buruk. -AFP

25 maut banjir di Filipina

Dua juruterbang maut, enam hilang dalam dua insiden pesawat di Filipina


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sogok Pengundi – Alasan dan penafian PAS Tidak masuk akal.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker