Johor tutup Taman Eko Rimba, Hutan Taman Negeri



JOHOR BAHRU: Taman Eko Rimba (TER), Taman Hutan Taman Negeri (HTN), trek pendakian dan laluan trek sukan 4×4 seluruh negeri Johor akan ditutup kepada orang awam bermula semalam.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Datuk Salim Aman berkata, penutupan itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian atau kemalangan yang tidak diingini pada musim tengkujuh.

Katanya, penutupan itu sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Taman eko, trek pendakian dan laluan kenderaan 4×4 dalam hutan simpan seluruh negeri ini akan ditutup kepada pengunjung.



“Ia sebagai langkah awal berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian buruk ketika musim hujan atau tengkujuh, berdasarkan laporan musim METMalaysia yang meramalkan hujan berterusan di negeri ini.

“Sebarang pelanggaran terhadap arahan itu akan diambil tindakan mengikut Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Salim berkata notis penutupan itu turut dimaklumkan di laman sosial rasmi jabatan.

BHOnline





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker