Pesara direman bantu siasatan penemuan mayat wanita dalam semak



Pesara direman bantu siasatan penemuan mayat wanita dalam semak

Pesara direman bantu siasatan penemuan mayat wanita dalam semak
Seorang pesara berusia 59 tahun ditahan reman di Mahkamah Marang bagi membantu kes penemuan mayat wanita di Kampung Alor Gali, Marang. – Foto NSTP/Ghazali Kori

MARANG: Seorang pesara direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di kawasan semak di tepi jalan Kampung Alor Gali menghala ke Wakaf Tapai di sini, Khamis lalu.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berumur 59 tahun itu dikeluarkan Majistret Zur Azureen Zainalkefli dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek ditahan di Jeli, Kelantan, 2.30 petang semalam.



Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris dalam kenyataan semalam berkata identiti mangsa telah dikenal pasti sebagai Zarina Mukhtar, 57, berpandukan padanan rekod cap jari Jabatan Pendaftaran Negara serta menerusi Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia dan Singapura (D2) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mayat itu ditemukan orang awam tanpa sebarang kesan tikaman, tetakan atau kelar dan tiada kesan pergelutan atau tompokan darah dijumpai di lokasi itu. – BERNAMA

Pesara guru rugi RM92,000 diperdaya Macau Scam

Pesara direman bantu siasatan penemuan mayat wanita dalam semak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sogok Pengundi – Alasan dan penafian PAS Tidak masuk akal.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker