Lelaki maut ditembak 3 lelaki di kedai aksesori telekomunikasi

Lelaki maut ditembak 3 lelaki di kedai aksesori telekomunikasi

Lelaki maut ditembak 3 lelaki di kedai aksesori telekomunikasi
Lelaki maut ditembak 3 lelaki di kedai aksesori telekomunikasi

SUBANG JAYA: Seorang lelaki maut ditembak tiga lelaki tidak dikenali di sebuah kedai aksesori telekomunikasi di Jalan PJS 11/28, Bandar Sunway, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.35 petang itu, mangsa berusia 32 tahun dan mempunyai rekod jenayah samun serta curi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Serdang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa didatangi tiga lelaki yang memasuki ke dalam premis berkenaan.

Kata beliau, dua daripada tiga suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa.

“Tembakan itu mengakibatkan mangsa terlantar dalam keadaan berdarah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Azlan berkata, pasukan forensik hadir ke tempat kejadian dan menemukan dua kelongsong peluru, (serpihan peluru dan anak peluru, masing-masing satu).

“Selain itu, dua swab darah dan sepasang selipar ditemukan di tempat kejadian.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh,” jelasnya. – UTUSAN

Lelaki maut ditembak 3 lelaki di kedai aksesori telekomunikasi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker