Petinju remaja berbakat besar maut akibat kemalangan



London: Petinju amatur berbakat besar dari Colorado meninggal dunia selepas parah akibat kemalangan kereta, umum keluarganya, hari ini.

Donovan Garcia, 15, mengalami kecederaan otak selepas kemalangan pada 11 Januari lalu, kata keluarganya menerusi GoFundMe.

Doktor melakukan ujian terakhir terhadap petinju remaja itu baru-baru ini, namun dia tidak bertindak balas dan disahkan meninggal dunia minggu lalu.

“Memandangkan seluruh badan Donovan dari leher ke bawah masih berfungsi dengan baik, keluarganya terus berusaha dengan menggunakan peralatan sokongan nyawa,” tulis sepupunya, Rosmina.



“Walaupun mereka berusaha sebaik mungkin, kesihatan Donovan mula menurun. Malangnya, Donovan bertarung dalam perlawanan terbesar dalam hidupnya sebanyak tujuh pusingan, tetapi dia akhirnya letih.”

Garcia menang Sarung Tangan Emas pada 2019, selain ‘Silver Gloves State Champion’ dan Juara Olimpik Remaja Negeri dalam kariernya yang gemilang.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker