Tular ‘minta wang’ warga asing, polis diambil keterangan

Tular ‘minta wang’ warga asing, polis diambil keterangan

GOMBAK: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, sudah merakam keterangan beberapa anggotanya berhubung dakwaan meminta wang dari warga Palestin semasa ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di kawasan Batu 7, Jalan Gombak Lama, di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya mengesan penularan satu akaun Twitter yang mendakwa berlakunya salah laku anggota polis di SJR berkenaan.

“Pemilik akaun berkenaan juga sudah memuat naik beberapa rakaman suara rakannya dipercayai seorang warga Palestin semasa ditahan oleh pihak polis.

Zainal Mohamed berkata, mangsa tersebut mendakwa semasa pemeriksaan dibuat, seorang daripada anggota yang bertugas meminta wang atas kesalahan gagal menunjukkan dokumen diri yang sah.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti anggota yang terlibat dalam rakaman suara yang tular di Twitter,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga dalam usaha mengesan pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama NURATIKAHROSE dan mangsa bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Mejar Abdul Aziz Sulaiman di talian 03-61262222 atau 016-7185750,” katanya.

Tular ‘minta wang’ warga asing, polis diambil keterangan


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker