Sanggup tinggal tunang di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang elak ditahan JPJ



Sanggup tinggal tunang di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang elak ditahan JPJ

Sanggup tinggal tunang di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang elak ditahan JPJ
Seorang wanita ditinggalkan pasangan didakwa tunangnya selepas terjatuh ketika melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ketika Ops Khas Motosikal sempena Ops Tahun Baru Cina 2023 di laluan motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang di sini. – Foto DANIAL SAAD

GEORGETOWN: Seorang lelaki sanggup meninggalkan tunangnya yang terjatuh daripada motosikal ketika berhenti dengan mengejut dipercayai bagi mengelak sekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau, malam tadi.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, pada kejadian jam 9.45 malam itu, lelaki yang menunggang motosikal Yamaha LC135 terbabit berkemungkinan takut ditahan pihak berkuasa kerana tidak mempunyai lesen atau tiada cukai jalan.

“Lelaki berkenaan mungkin terkejut dan ketika dia brek, pemboncengnya yang juga seorang wanita terjatuh dan mengalami kecederaan ringan di tapak tangan.



“Ketika pihak kami mengarahkan membuat lencongan untuk pemeriksaan lanjut dia bertindak memecut laju motosikalnya dengan membuat pusingan U dan meninggalkan wanita itu.

“Wanita itu mengakui lelaki berkenaan tunangnya dan mereka dalam perjalanan dari Seberang Perai ke pusat bandar,” katanya ketika ditemui pemberita pada Op Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina malam tadi.

Adenan berkata, wanita berusia 20-an itu tidak ditahan kerana dia didapati tidak melakukan sebarang kesalahan namun dia menghilangkan diri tidak lama kemudian tanpa sempat diberi rawatan awal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lagi remaja berusia 19 tahun atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan dia turut menangis serta merayu supaya motosikal jenis Honda Vario miliknya tidak disita.



Katanya, remaja yang bekerja di sebuah premis peminjam wang berlesen itu baru membeli motosikal berkenaan dua bulan lalu dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM480 dan dia kemudiannya dibawa pulang oleh ahli keluarganya.

Operasi yang turut membabitkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri serta Jabatan Imigresen itu turut menahan dua lelaki warga Indonesia dan Myanmar yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah selain menahan 10 lelaki berusia 20-an hingga 30-an yang didapati positif methamphetamine dan ganja.

Terdahulu Adenan berkata, sejumlah 2,043 motosikal diperiksa sepanjang empat hari operasi itu diadakan lorong motosikal di dua lagi lokasi iaitu Plaza Tol Juru Arah Utara dan Plaza Tol Sungai Dua Selatan dengan sebanyak 301 kenderaan diambil tindakan membabitkan 473 kesalahan.

“Kebanyakan kesalahan yang dilakukan ialah tidak memiliki lesen memandu, tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans dan mengubah suai motosikal tanpa mengikut spesifikasi yang dibenarkan JPJ.



“Kita mendapati kesalahan tiada lesen memandu sangat tinggi mencecah 100 kes dan ini menunjukkan kesedaran penunggang motosikal berhubung perkara itu masih berada pada tahap rendah,” katanya.

Sogok Pengundi – Alasan dan penafian PAS Tidak masuk akal.

Sanggup tinggal tunang di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang elak ditahan JPJ


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sogok Pengundi – Alasan dan penafian PAS Tidak masuk akal.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker