Suspek samun bersenjata parang ditahan



Suspek samun bersenjata parang ditahan

Suspek samun bersenjata parang ditahan
Foto hiasan

KUCHING: Seorang daripada dua penjenayah yang melakukan samun bersenjatakan parang di sebuah kedai makan di Jalan Stutong, di sini awal pagi Selasa lalu ditahan malam tadi.Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di bandar raya ini pada jam 9.30 malam.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan curi.

“Berikutan penahan suspek, polis percaya menyelesaikan kes itu dan kini siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.



“Penahanan lelaki itu dibuat hasil siasatan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dengan kerjasama Bahagian Jenayah Berat D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Perbarisan Bulanan IPD Kuching, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.55 pagi, Selasa lalu, dua lelaki dengan seorang daripadanya bersenjatakan parang menyamun pekerja dan pelanggan sebuah kedai makan di Jalan Stutong.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, seorang lagi rakan penjenayah itu dipercayai menunggu di dalam kereta.



Ketika kejadian, terdapat seorang pekerja dan dua pelanggan duduk di meja berasingan di dalam kedai makan berkenaan.

Dalam rakaman CCTV yang tular di media sosial, suspek dilihat bertindak agresif dengan menolak serta menghayun kerusi ke arah pekerja.

Selepas merampas barangan daripada pekerja, suspek menyamun salah seorang pelanggan pula dan kerugian yang dialami dalam kejadian itu berjumlah RM2,000.

“Usaha sedang dijalankan untuk mengesan suspek yang lain,” katanya.



Mengenai perkembangan kes penyalahgunaan gambar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, di dalam iklan syarikat pelaburan patuh syariah, Ahsmon berkata, siasatan lanjut masih dijalankan selepas pihaknya menerima satu laporan berhubung kes itu.

Sementara itu mengenai prestasi IPD Kuching sepanjang tahun lalu, beliau berkata, sebanyak 831 kes jenayah indeks direkodkan dan ia menurun berbanding 933 kes pada tahun 2021 manakala kes jenayah non indeks pula sebanyak 653 kes berbanding 1,020 kes pada tahun 2021.

Menurutnya, kini IPD Kuching memberi tumpuan untuk membanteras tiga kes jenayah yang didapati meningkat iaitu curi kenderaan, samun dan pecah rumah.

Kumpulan bersenjata tembak mati lima penunjuk perasaan di Iran

Suspek samun bersenjata parang ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sogok Pengundi – Alasan dan penafian PAS Tidak masuk akal.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker