Hajat Itali ke Piala Dunia belum kesampaian

Hajat Itali ke Piala Dunia belum kesampaian
Pemain tengah Itali, Jorginho (kiri) bersaing dengan pemain Ireland Utara, Gavin Whyte pada aksi kelayakan Piala Dunia bagi Kumpulan C di Windsor Park, Belfast. Keputusan berakhir 0-0. – Foto AFP.

Hajat Itali ke Piala Dunia belum kesampaian

BELFAST: Itali perlu melalui playoff jika mereka mahu kembali ke Piala Dunia selepas seri tanpa jaringan di Ireland Utara di sini, yang membolehkan Switzerland mengatasi mereka pada hari terakhir kelayakan.

Skuad juara Eropah Roberto Mancini, yang memulakan hari selaku pendahulu Kumpulan C menerusi perbezaan gol, sedar mereka perlu menyamai keputusan dilakar Switzerland berdepan Bulgaria jika mereka mahu layak secara automatik ke Qatar.

Bagaimanapun keputusan buruk di Windsor Park dan Switzerland menang 4-0 di Lucerne menyaksikan Itali menyerahkan kedudukan pertama mereka serta tempat ke Piala Dunia buat lawan dari kumpulan yang sama itu.



Ia membuatkan Azzurri perlu melalui undian pada 26 November bagi saingan playoff Mac ini, penentuan yang menyaksikan mereka gagal layak ke Piala Dunia 2018 selepas tumpas di tangan Sweden.

“Ketika ini itulah yang terjadi, kami bergelut untuk menjaringkan gol, kami sentiasa mengawal perlawanan… ia memalukan kerana kedudukan kumpulan sepatutnya ditamatkan sebelum perlawanan ini,” kata Mancini kepada RAI.

Penyerang Itali, Federico Chiesa (kanan) merembat ke arah gawang Ireland Utara dalam saingan di Windsor Park, Belfast . – Foto EPA

Bagaimanapun Mancini menegaskan dia yakin pasukannya akan berada di Qatar walaupun beraksi kurang baik dalam kelayakan sejak menang Euro 2020.

Itali menang tiga perlawanan awal mereka pada Mac tetapi menambahnya dengan empat seri selain membelasah Lithuania – gagal menyempurnakan penalti dalam kedua-dua pertembungan dengan Switzerland.



“Kami terlepas dua penalti dalam dua perlawanan penting. Itu bermakna kami mengawal keadaan, tetapi jika anda tidak mencipta peluang anda akan berdepan kesukaran,” kata Mancini.

“Saya ada keyakinan, mari kita lihat pada Mac, kami boleh memenanginya.”

– AFP

Hajat Itali ke Piala Dunia belum kesampaian


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button