Lelaki bawa bendera pelangi ceroboh padang

Doha: Seorang lelaki yang membawa bendera pelangi dan memakai kemeja-T dengan perkataan ‘Hormati Wanita Iran’ di bahagian belakang menceroboh padang semasa perlawanan di Piala Dunia Qatar pagi tadi.

Penceroboh berkenaan berada di atas padang selama 30 saat pada separuh masa kedua permainan antara Portugal dan Uruguay sebelum diberkas dan dikawal oleh pihak keselamatan.

Di hadapan bajunya tertera, perkataan ‘Selamatkan Ukraine’ merujuk kepada negara yang dilanda perang.

“Kami tahu apa yang berlaku di sekitar Piala Dunia ini… Ia adalah perkara biasa yang berlaku.

“Sudah tentu, kita semua bersama mereka juga. Dengan Iran juga, dengan wanita Iran. Jadi saya harap tidak berlaku apa-apa kepada individu itu, kerana kami memahami mesejnya, dan saya rasa seluruh dunia juga memahaminya.” kata pemain Portugal, Ruben Neves.

Penunjuk perasaan itu dikenal pasti sebagai Mario Ferri dari Itali oleh agensi akhbar Itali, AGI.

Dia pernah mengadakan protes yang sama sebelum ini, termasuk di Piala Dunia 2014 di Brazil, dengan membangkitkan isu kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker