10 Perkara Ibu Ayah Kena Buat Kalau Anak Guna Botol Susu

Pengunaan botol susu untuk si manja memang tidak dapat dielakkan walaupun minum susu ibu atau fomula. Tahukah anda, botol susu yang tidak dicuci dengan betul boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti cirit birit kerana pembiakan bakteria.

Jadi, ibu dan ayah kena selalu cuci botol susu anak dengan menggunakan peralatan yang bersesuaian. Pastikan botol susu anak tiada kerak dan bau masam. Secara ringkasnya, ibu ayah kena pastikan 10 perkara dibawah ini diamalkan betul-betul bila anak guna botol susu. Baru anak sentiasa sihat dan tak mudah jatuh sakit.

10 PERKARA IBU AYAH KENA BUAT KALAU ANAK GUNA BOTOL SUSU

1. Usaha cuci botol susu bayi sebaik saja mereka selesai menyusu. Pastikan juga tangan kita tu bersih semasa proses mencuci tu.

2. Tak boleh biarkan sisa susu tak habis lama dalam botol susu. Mesti buang terus sebab kita tak nak ia jadi medium pembiakan kuman dan bakteria, jadi basi lalu menghasilkan bau yang kurang enak.



3. Hati-hati masa mencuci puting susu. Guna berus khas supaya ia tidak mengoyakkan puting. Puting yang terkoyak atau merekah pun boleh jadi sarang kuman membiak.

4. Gunakan juga berus botol khas untuk botol susu supaya seluruh sudut botol tu bersih dan tak ada kotoran yang tertinggal.

5. Gunakan cairan pembersih botol susu yang betul. Cari je liquid cleanser yang khusus untuk mencuci botol bayi. Tak kisahlah jenama apa pun asalkan memang dikhaskan untuk cucian botol dan selamat untuk bayi.

6. Pastikan botol susu sentiasa kering. Jangan simpan terus dalam keadaan basah dan tertutup ya. Keringkan botol setelah dibersihkan atau anginkan ia dengan meletakkan di rak atau tempat khas bagi mengeringkan botol dan puting.



7. Sterilkan botol dan puting secara berkala.

8. Bagus kalau dapat sediakan lebih dari 3 botol susu. Bertukar-tukar botol susu memudahkan parent untuk make sure setiap botol bergilir-gilir dibersihkan sempurna.

9. Paling penting, tukar botol sekurang-kurang setiap 3 bulan – 6 bulan sekali atau apabila botol telah berubah warna, nampak kekuningan dan bercalar sana sini.

10. Akhir sekali, galakkan anak minum menggunakan cawan seawal yang boleh dan secara berperingkat.

Jika bayi selalu cirit birit, periksa balik cara kita kendalikan botol susu mereka. Entah-entah punca keracunan bermula dari situ.

Sumber: Facebook Dr Ahmad Luqman Bukhari

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker