Pemain Ukraine ‘mati hidup semula’

London: Pertahanan Ukraine Oleh Danchenko hampir temui ajal ketika sesi latihan bersama kelabnya sebelum berjaya diselamatkan semalam.

Menurut laporan media Greece Skai, pemain berusia 28 tahun itu yang dipinjamkan ke Zorya Luhansk dari AEK Athens berada di kem latihan di Turkiye ketika insiden mencemaskan itu berlaku.

Danchenko yang pernah beraksi di Liga Juara-Juara bersama Shakhtar Donetsk rebah dipercayai akibat serangan jantung namun mendapat bantuan pantas daripada petugas perubatan pasukan yang menggunakan defibrilator ke atas Danchenko.

Untuk beberapa ketika situasi menjadi panik apabila ia tidak berhasil dengan pemain itu terbaring tanpa denyutan nadi namun akhirnya Danchenko ‘kembali bernyawa’ dan dibawa ke unit rawatan rapi dengan ambulans.



Kenyataan kelab dari Shakhtar di media sosial berkata: “Kami berdoa Oleh Danchenko segera sembuh.

“Bekas pemain Shakhtar mengalami kematian klinikal di kem latihan di Turki, kekal kuat dan kami bersama anda.”

Rakan dan keluarga masih menunggu maklumat lanjut daripada doktor mengenai keadaan terkini pemain itu.

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker