Taufan Saola kian hampir, Cathay Pacific batal penerbangan

Taufan Saola kian hampir, Cathay Pacific batal penerbangan

Taufan Saola kian hampir, Cathay Pacific batal penerbangan
BEG pasir untuk mengelak banjir diletakkan di kawasan berhampiran laut di Tseung Kwan O, Hong Kong. FOTO AFP

Hong Kong: Syarikat penerbangan Hong Kong Cathay Pacific Airways membatalkan semua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang dijadualkan pada Jumaat dan Sabtu, susulan Taufan Saola semakin menghampiri bandar itu.

“Akibat Taufan Super Saola menghampiri Hong Kong, beberapa penerbangan yang dijadualkan tiba dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada hari Jumaat (1 September) dan Sabtu (2 September) terjejas.

“… Semua penerbangan Cathay Pacific yang tiba dan berlepas dari Hong Kong antara 2 petang pada Jumaat dan 10 pagi pada Sabtu, dibatalkan,” umum syarikat penerbangan itu di laman sesawang, lapor Sputnik.

Syarikat itu berkata, lebih banyak kelewatan dan pembatalan penerbangan mungkin akan berlaku pada pagi Sabtu berdasarkan keadaan cuaca dan laluan taufan.

Pentadbiran Meteorologi China sebelum ini mengumumkan amaran kecemasan tahap maksimum dikeluarkan di selatan China ketika taufan semakin menghampiri.

Taufan Saola kian hampir, Cathay Pacific batal penerbangan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker