Bekalan air di wilayah Petaling, Klang pulih sepenuhnya

 

Bekalan air di semua 142 kawasan di Petaling dan Klang yang terjejas berikutan insiden paip pecah di Seksyen 15, Shah Alam kelmarin, pulih sepenuhnya jam 7 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini, berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Kelmarin, sebanyak 142 kawasan di wilayah Petaling dan Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip pecah berpunca daripada kerja-kerja pembangunan jalan berdekatan Lebuh raya Persekutuan oleh pihak ketiga.

Elina dalam pada itu berkata, pengguna disaran merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter untuk mendapatkan maklumat rasmi mengenai gangguan bekalan air atau menghubungi Air Selangor menerusi talian 15300 untuk sebarang pertanyaan dan aduan.

– BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker