United atasi Barca di Old Trafford

PARIS: Manchester United mengetepikan Barcelona untuk mara ke kelompok 16 terakhir Liga Europa hari ini dan mereka akan disertai pasukan gergasi lain, Juventus dan Roma.

Selepas perlawanan pertama play-off yang berakhir 2-2 di Sepanyol, United beraksi lebih baik daripada Barcelona di Old Trafford untuk mara dengan agregat 4-3 ketika Antony mengesahkan kemenangan pasukan.

Penalti awal Robert Lewandowski memberikan permulaan sempurna buat Barca tetapi pendahulu La Liga itu masih gagal menyerlah di peringkat Eropah apabila Fred menyamakan kedudukan pada awal babak kedua.

Antony kemudiannnya menghasilkan saat paling besar buatnya sejak berpindah ke Manchester dari Ajax.

United kini sedang melalui tempoh terbaiknya pada musim pertama Erik ten Hag mengetuai pasukan apabila Red Devils masih memburu empat kejuaraan utama.

United boleh menamatkan kemarau enam tahun bagi mendapatkan kejuaraan apabila berdepan Newcastle pada final PIala Liga Ahad ini.

Namun mereka langsung tidak menyimpan pemain bagi memastikan kemaraan di Eropah sejak menyingkirkan Paris Saint-Germain daripada kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara pada 2019.

United kini tidak tewas di Old Trafford dalam 18 perlawanan sejak September.

“Sangat bagus mendengar nama saya daripada penyokong tetapi ia perlawanan yang bagus daripada kami hari ini,” kata Fred.

“Kami perlu teruskan. Kami ada final pada Ahad dan kini perlu mengubah minda untuk ke final.”

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker