Dua treler bawa kereta Perodua berlanggar di NKVE

Dua treler bawa kereta Perodua berlanggar di NKVE

Dua treler bawa kereta Perodua berlanggar di NKVE
Dua treler membawa muatan kereta Perodua kemalangan sesama sendiri di Kilometer 21.3, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan, petang tadi. NSTP/Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Dua treler membawa muatan kereta Perodua kemalangan sesama sendiri di Kilometer 21.3, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan, petang tadi.

Nahas pada jam 1.52 tengah hari itu turut menyebabkan sebuah kereta yang dibawa oleh sebuah treler, terjatuh dan terbalik di atas jalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata siasatan mendapati, kedua-dua treler berkenaan dalam perjalanan dari Perodua Rawang ke Klang.



“Sebuah treler yang sedang dipandu di lorong perlahan sebelah kiri lebuh raya dilanggar oleh sebuah lagi treler dari bahagian belakang.

“Akibat pelanggaran itu, muatan kereta yang dibawa oleh kedua-dua treler itu mengalami kerosakan dan satu muatan iaitu sebuah Perodua Myvi jatuh dan terbalik di lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kedua-dua pemandu treler cedera pada kepala dan mereka dibawa ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans untuk rawatan.

“Kita mohon saksi yang melihat kemalangan ini atau berada di tempat kejadian tampil membantu siasatan.



“Mereka boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhamad Aizuddin Awang di talian 013-9003499 untuk menyalurkan maklumat,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis sudah tahan pemandu treler

Dua treler bawa kereta Perodua berlanggar di NKVE

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker