Isu bakar al-Quran: Wisma Putra panggil wakil Kedutaan Sweden

Isu bakar al-Quran: Wisma Putra panggil wakil Kedutaan Sweden

Isu bakar al-Quran: Wisma Putra panggil wakil Kedutaan Sweden
WISMA PUTRA

PUTRAJAYA: Kementerian Luar memanggil wakil Kedutaan Besar Sweden susulan insiden keji oleh Rasmus Paludan membakar al-Quran di Stockholm pada Sabtu lalu.

Menurut kenyataannya di sini, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan, Robert Peder Lejon dipanggil untuk menegaskan kembali kecaman keras kerajaan Malaysia terhadap isu itu.

“Wisma Putra menyampaikan bantahan dan kekecewaan Malaysia berhubung keengganan berterusan oleh pihak berkuasa Sweden bertindak ke atas Paludan,” katanya.



Situasi itu membolehkan tokoh politik tersebut meneruskan perbuatan terkutuk yang pernah dilakukannya pada 14 April 2022 lalu meskipun mendapat tentangan antarabangsa.

Justeru, Wisma Putra menggesa kerajaan Sweden mengambil langkah serius bagi membendung sebarang unsur keganasan dan kebencian terhadap Islam di negara itu.

Paludan yang juga pelampau berhaluan kanan mencetuskan kemarahan umat Islam sejagat apabila membakar al-Quran di depan Kedutaan Turkiye di Stockholm pada Sabtu lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Aksi biadab pemimpin dari parti Stram Kurs itu sebagai tanda protes ke atas Ankara yang menuntut supaya aktivis Kurdish diserahkan segera oleh Stockholm kepada pihak Turkiye menyebabkan Ankara membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson bagi ‘melobi’ Turkiye sebagai anggota pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara.



Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson segera bertindak mengutuk Paludan dan menzahirkan rasa simpati kepada umat Islam yang tersinggung.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, jika Sweden masih enggan bertindak, ia akan menjejaskan semangat hidup bersama secara aman dalam dunia yang berbilang agama.

“Meskipun Kementerian Luar Sweden membuat sesi taklimat pada Isnin lalu, Wisma Putra menggesa negara itu mengambil inisiatif kukuh menghormati komuniti Muslim,” katanya.

Program khas tersebut dihadiri oleh setiap wakil kedutaan dari kesemua negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berada di Stockholm termasuklah Malaysia.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Sweden itu ujar Wisma Putra, mengambil maklum bantahan kerajaan Malaysia dan akan menyampaikannya terus kepada negara berkenaan.

Malaysia dan Sweden mula menjalin diplomatik pada 1958 dan ketika ini terdapat lebih 90 firma Sweden di Malaysia dengan hampir 500 ekspatriatnya yang menetap di negara ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Antaranya ialah IKEA yang memiliki empat gedung perabot di Malaysia sejak cawangan pertamanya dibuka di Damansara pada 1996 sebelum Cheras, Batu Kawan dan Tebrau.

Hubungan Malaysia-Sweden pernah hampir tegang pada 2014 apabila sepasang suami isteri dihukum penjara di Stockholm hanya sebab merotan anaknya tidak mendirikan solat.

Kes itu meraih liputan luas media antarabangsa dan menjejaskan imej Malaysia kerana Sweden melarang keras waris memukul anak meskipun cuma untuk niat didikan agama. – UTUSAN

Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’

Isu bakar al-Quran: Wisma Putra panggil wakil Kedutaan Sweden

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker